Kabar

KALIMAT TAKZIYAH SAYYIDIL HABIB KEPADA KAKANDA

KALIMAT TAKZIYAH SAYYIDIL HABIB KEPADA KAKANDA
Sumber: Ashraff Osman (Penerjemah)
Editing: Muhsin Muhammad Basyaiban

PENERBITLAYAR.COM, YOGYAKARTA – Berikut kalimat takziyah Sayyidil Habib Umar ibn Hafzih kepada Kakanda beliau; al-Allamah an-Nasabah al-Faqih al-Habib Ali Masyhur ibn Hafizh (Mufti Tarim, Hadramaut). Mari kita simak kalimat takziyah berikut ini karena hemat kami banyak fawadiul hikmah yang tersirat di dalamnya, semoga dari kalimat ini kita semua mendapatkan hikmah dan bertambah semangat kita dalam ketaatan kepada Allah swt. Aamiin.

“Ketika shalat jenazah al-Marhum al-Habib Ali Masyhur ibn Hafizh dilaksanakan di kota Tarim, Hadramaut sebentar tadi, al-Habib Umar ibn Hafizh telah mengingatkan para hadirin bahwa kematian adalah satu perkara yang pasti menimpa setiap yang bernyawa. Kemudian al-Habib Umar sempat bercerita sedikit tentang kekanda beliau; al-Habib Ali Masyhur, “Beliau telah banyak mendapat kesusahan ketika zaman pemerintahan komunis (di Yaman) dahulu. Ketika ayah kami telah diculik oleh pihak komunis. Beliau pernah diancam dengan senapang diacukan ke tengkuk beliau.”

“Beliau selalu menceriakan orang disekelilingnya. Beliau sangat menjaga hubungannya dengan orang-orang lama di Wadi Hadramaut ini. Beliau banyak membantu masyarakat dan mendamaikan perselisihan di antara mereka.”

“Beliau mengkhususkan setiap hari Selasa untuk duduk dan menjawab segala soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Namun hari Selasa saja tidak mencukupi, lalu beliau juga melakukannya pada setiap hari Sabtu juga. Beliau akan duduk dari pagi sehingga petang. Beliau menolak segala jemputan atau kenduri (hajatan) yang bertepatan pada hari tersebut, sekalipun undangan itu dari kaum keluarganya sendiri.”

“(Beliau tetap istiqamah) sekalipun ketika jasad beliau mulai berasa lemah. Pada malam tadi, beliau ingin mendirikan shalat Magrib padahal waktu Magrib belum tiba. Kami berkata kepada beliau, “Waktu Magrib belum tiba.” Setelah azan Magrib, beliau bangun dan mengambil wudu. Beliau shalat Magrib dan Isya secara jamak takdim. Setelah selesai shalat, beliau membaca ratib. Menghadiahkan surah al-Fatihah. Dan membaca qasidah-doa. Dan seisi keluarga di rumah sama-sama membaca qasidah-doa itu bersama-sama beliau.”

“Tidak lama kemudian, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau telah meninggalkan dunia yang meletihkan ini.”

Sayyidil Habib Umar berkata lagi, “Orang yang menang hanyalah orang yang menghampirkan dirinya dengan Allah! Para Salafush Shaleh terdahulu tidak rela –walau sebesar debu— untuk mengikut jejak langkah musuh-musuh Allah! Kemuliaan, kehebatan dan kejayaan kita dunia dan akhirat hanya dalam mengamalkan perintah Allah yang datang melalui Nabi Muhammad saw.! Dialah Allah, Pencipta kita! Dialah Pemberi rezeki kepada kita! Dan kita akan kembali kepada Allah! Syariat LA ILAHA ILLALLAH ini membawa keselamatan untuk sekalian alam! Inilah yang diajar dalam sistem pengajian di Hadramaut, juga di madrasah-madrasah para Shalihin di seluruh dunia, Timur dan Barat.”

Comments

comments

To Top